Zeolite
INFO BERKENAAN ZEOLITE Apa itu zeolite? Zeolite adalah microporous crystalline solids yang mempunyai struktur yang nyata. Ia mengandungi silikon, aluminium dan oksigen di dalam rangkanya dan kation-kation, air dan/atau lain-lain molekul di dalam pori-porinya. Zeolite adalah mineral alumina silikat yang memiliki tiga dimensi (SiAl)O, struktur sarang madu lebah, tetrahedral. Ada lebih 40 jenis struktur zeolite semulajadi. Zeolite terjadi daripada komponen kaca debu gunung berapi ( volcanic ash ) jutaan tahun dahulu. Mineral utama zeolite adalah clinoptilolite iaitu kalsium, kalium, magnesium, aluminosilicate dan mempunyai kapasiti penukaran kation ( cation exchange capacity, CEC) sebanyak +120 meq. Ruang atau lubang didalam zeolite memberikan permukaan yang luas dan boleh merangkumi sehingga ke 50% isipadunya. Oleh itu, zeolite mempunyai kelebihan untuk memegang, menyerap, melepas dan menukar beberapa jenis bahan kimia, nutrien, toksin dan ion mengikut keperluan. KEG